Ini Menandakan Hanya Tinggal Sehari Lagi Bagi Diri Ini Untuk Mentekedarah Segala Benda Yang Tidak Berkhasiat Kerana Sewaktu Menjalani Ibadah Puasa Kelak, Tiada Lagi Kudrat Untuk Makan Lebih Dari Yang Sepatutnya. Kebiasaannya Diri Ini Hanya Mengambil Sepenarik Teh & Beberapa Jamahan Makanan Untuk Sahur. Dan Untuk Berbukanya Cukup Hanya Sekadar Beberapa Biji Kurma, Nasi Dengan Beberapa Spesis Lauk & Air Secukup Rasa. Tamat Untuk Hari Tersebut.
Sebenarnya Diri Ini Adalah Seorang Yang Agak Kuat Makan Bila Tiba Pada Suatu² Keadaan Seperti Makanan Yang Sangat Menyelerakan Mahupun Situasi Yang Tersangatlah Lapar. Namun Tidak Gemuk² Jugaklah Diri Ini Adanya. Metabolisme Badan Ini Dikatakan Agak Tinggi. Oleh Yang Demikian Saya Tidak Akan Berpotensi Untuk Gemuk. Huhu..
Kelihatan Seperti Entri Ini Banyak Bercerita Mengenai Makan. Apapun Diingatkan Kepada Rakan² Sekalian Supaya Tidak Mensia²kan Ramadhan Yang Akan Muncul Ini. Beribadatlah Sebanyak Mungkin Kerana Kita Tidak Akan Tahu Samada Kita Bakal Bertemu Lagi Dengan Ramadhan Yang Satu Lagi. Berbanyak²kanlah Juga Muhasabah Diri Untuk Menghitung Sejauh Mana Kita Telah Melangkah Di Bumi Allah Ini. Semoga Kita Sama² Beroleh KeberkatanNYA. InsyaALLAH.
0 orang kenit.....:
Catat Ulasan