THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

..TeRiMa KaSiH YeR KeRaNa FoLLoW..

25 Februari 2010

..KeBaiKaN DaN KeBuRuKaN KaNta LeKaP..

Mata asli

\

Mata palsu




Hai all hari ini dak kecik nak share ngan korang tentang kanta lekap ni..Ada tak antara korang yang hidup bergantung ngan benda alah ni???Dakk kecikk contohnya kalau tak pakai kanta lekap dalam sehari alamatnya mati kutu la aku wehh,sumpah tahap rabun aku mmg kronik giler ok n sila lah percaya bahawa aku tak kang keluar rumah tanpa kanta lekap.Semut kat depan mata pun aku xnampak..heheheeee,bapakkk menipu..
Kanta lekap bagi dakk kecikk bukan sahaja berjasa pada mata ku ini tapi ia bagai kang aksesori..Konon2 nak feeling mata besar pakai kanta lekap yang bigger eyes brand GEO LENS tu.Kalau nak mata nampak natural lakk pakai yg brand FRESHLOOK.konpem puas ati wa cakap lu..





Jeles weh tgokkk..nakk jgakkk mata cam gini..







Terdapat tiga jenis kanta lekap iaitu keras, separa keras dan lembut.Bagi kanta lekap
keras dan separa keras, ia dipisahkan oleh satu lapisan cecair air mata.Kanta lekap
lembut, ia hampir bersentuhan atau melekap pada lapisan epitelium kornea mata.

KEGUNAAN KANTA LEKAP

1. Menggantikan cermin mata bagi memperbaiki kecacatan dan meningkatkan ketajaman mata.

2. Perlindung untuk beberapa jenis penyakit kornea.

3. Memberi keselesaan kepada pemakai. Bayangkan seorang ahli sukan seperti pemain bola sepak yang terpaksa menggunakan kaca mata. Sukar, bukan?

4. Untuk tampil bergaya. Penggunaan kanta lekap berwarna untuk yang bermata normal adalah satu trend sekarang dan sekadar `berseronok-seronok'.

RISIKO KANTA LEKAP

Kanta lekap berperanan besar dalam membantu memperbaiki penglihatan. Pemakai kanta lekap ini bagaimanapun terdedah kepada pelbagai risiko tersendiri jika penggunaannya tidak dibuat dengan cara yang betul.
Pada dasarnya, kanta lekap adalah menempelkan benda asing kepada mata. Dengan demikian, ia berpotensi mengganggu keseimbangan mata terutamanya jika tidak dibersih mahu pun ditanggalkan sebagaimana waktu yang telah ditentukan.

1- IRITASI

Risiko utama adalah iritasi (kegatalan). Iritasi disebabkan oleh jangkitan mata dan boleh mengakibatkan kebutaan. Oleh itu tangan harus dicuci bersih semasa memasang kanta lekap agar tiada bakteria dapat masuk sewaktu pemakaian.
Kebanyakkan jangkitan mata berpunca daripada perawatan dan pemeliharaan kanta lekap yang tidak sempurna. Ia juga boleh berpunca daripada tempat penyimpanan kanta lekap yang tidak dibersihkan dan menjadi tempat pembiakkan bakteria. Pemakai kanta lekap perlu memastikan aspek kebersihan mata dan tangan dan tempat penyimpanannya benar-benar terjaga.

2 - PENGURANGAN OKSIGEN

Mata memerlukan oksigen. Pada waktu tidur, kadar oksigen pada mata berkurangan sehingga 1/3 dari ketika mata dalam keadaan berjaga pada waktu siang.
Pemakaian kanta lekap pada waktu tidur akan menyebabkan pengurangan oksigen yang ketara dan boleh mengakibatkan lapisan permukaan mata mudah mengalami pembengkakan terutama pada waktu pagi. Pemakai kanta lekap dengan itu disaran menanggalkan kanta sebelum masuk tidur.

3 - MATA MERAH

Kanta lekap boleh menyebabkan lapisan mata mudah tergores dan teriritasi. Tanda awal ialah mata menjadi merah.
Pemakai kanta lekap disaran menanggalkan kanta apabila mata nampak merah. Jika tidak ditanggalkan, mata berpotensi dijangkiti kuman. Jika kuman kebetulan dari jenis yang sangat berjangkit, permukaan selaput mata boleh bertukar putih dalam masa 24 jam.

KOMPLIKASI PEMAKAIAN KANTA LEKAPRISIKO KANTA LEKAP

Kanta lekap berperanan besar dalam membantu memperbaiki penglihatan. Pemakai kanta lekap ini bagaimanapun terdedah kepada pelbagai risiko tersendiri jika penggunaannya tidak dibuat
dengan cara yang betul.
Pada dasarnya, kanta lekap adalah menempelkan benda asing kepada mata. Dengan demikian, ia berpotensi mengganggu keseimbangan mata terutamanya jika tidak dibersih mahu pun ditanggalkan sebagaimana waktu yang telah ditentukan.

1 SUPERFICIAL PUNCTATE KERATITIS (SPK)

Permukaan kornea mata menjadi rosak biasanya disebabkan oleh pemakaian yang kanta yang terlalu ketat sehingga menyebabkan mata kekurangan oksigen (hypoxia), alergi, atau keracunan.
Gejala: Pemakai merasa tidak selesa, menjadi sangat sensitif pada cahaya (photophobia), dan hadirnya bintik-bintik di kornea mata.
Rawatan: Mengurangi atau menghentikan pemakaian kanta lekap.

2 ALAHAN

Radang atau iritasi terjadi kerana mata dimasuki bahan-bahan pembawa alahan seperti debu, serbuk atau makanan ke dalam mata.
Gejala: Rasa gatal, mata menjadi merah dan kelopak mata membengkak. Umumnya, alahan terjadi secara bermusim dan pemakai memang mempunyai sejarah alahan.
Rawatan: Hindari penyebab alahan. Hilangkan bengkak di mata dengan kompresi air dingin. Mengambil ubat antiradang apabila terjadi keradangan dan alahan boleh diredakan dengan ubat alahan, antihistamines.

takut jgkkk kalau mata jadi cam gini..erkkkkk




Jangkitan terjadi akibat kontaminasi organisme berbahaya ke dalam mata seperti bakteria, kulat, protozoa dan virus.
Gejala: Mata menjadi merah, kelopak mata melekap, air mata meleleh, kurang penglihatan dan bintik pada kornea.
Rawatan: Menjaram dengan air dingin, menggunakan air mata buatan, dan terapi antibiotik, jika perlu.


TIPS MEMBERSIH KANTA LEKAP

1. Cuci tangan bersih-bersih dan keringkannya terlebih dahulu sebelum menyentuh kanta lekap.
2. Gantikan kanta lekap sebaik mata mulai berasa tidak selesa kerana ia menjadi petanda kanta sudah berada dalam keadaan yang tidak baik untuk membantu penglihatan.

3. Jangan sembarangan memakai larutan pembersih kerana produk pembersih yang tidak tepat dapat membahayakan mata.

4. Sewaktu membersih kanta lekap, gosok dengan hati-hati. Letakkan kanta di telapak tangan anda dan usap secara perlahan-lahan.

5. Simpan kanta lekap di tempat penyimpanan khusus yang sedia mengandungi agen pembasmi kuman atau disinfektan.

6. Jangan biarkan mulut botol pembersih tersentuh sebarang permukaan lain atau dibiarkan terbuka untuk menghindari pencemaran.




Setakat ni je kot info tentang kanta lekap ni,pada yang baru nak berjinak2 pakai kanta lekap tu seeloknya pergi jumpa pakar mata dulu ye..kalau setakat rabun sikit2 tu seeloknya tak payah lah duk gedik2 nak pakai kanta lekap,sebab sekali anda dah terbiasa pakai kanta lekap ni ia bagai kang DADAH yang akan mendorong anda untuk terus memakainya.walawehhhhh ayat ko bukan main lagi tu..Winkkkksssss.Bye all n Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul esok ye..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

7 orang kenit.....:

helena's berkata...

cikhel baru nak belaja pakai kanta lekap..

nampak cantik kan..

lagi2 kalo kaler dia ijau ke.biru ke..hehehe

MiSZuE berkata...

kene jage betol2 kalau pakai lense kan?

tapi mata ko cantek la yang...xpakai lagi cantek kan?

angah iza berkata...

teringin nak pakai tp takut la...
mahal x kalo tanpa power??

alvin takda rumah harga 8juta story.... berkata...

weh budak kecik yang bucuk..apa kata kau jgn pakai kanta lekap lagi..bahaya lor~~kau pakai kanta makmal..tak pun teleskop jer...

roxy exchange berkata...

hehe..gud info nih..fea xpkai lense..nak try gaks..tapi takot effect2 tu ar.. :D

*Dak kecikkk* berkata...

Helena:)
Cik hel ada rabun x?sbb dulu inda pkai lense utk ske2 je,dan skrg rabun inda dah trokk dah mgkin effect dr lense tu kot..
xpernah lg cbe pkai lense yg wane green n blue.biasa pkai yg wane brown n grey.pah ni nak cbe wane lain plakkk la.

Miszue:)
tul tu yang,mmg kena jd cerewet ckt ble pkai lense ni.
Alo cantik ke yang mata aku..hahahaahahaaaa

Angah iza:)
Biasanya ada power or xde power sama je harga dia.tp atas kedai la,tkt dia nk untung mgkin dia ambil lbih ckit yg ada power tu.


Alvin takda umah 8juta:)
Haipppp,npe pggil aku bucukkk aku wangi lorr..he3..
hahaaaaaaa kanta makmal or teleskop?ko igt aku nak tgok anak bulan ke apa..???(",)

Roxy exchange:)
Fea,di nasihat kang lau mata fea ok jgn terjebakkkk ngn lense ni.nanti buruk padahnye..mata yg ok pun akan jd sdikit rabun dan akan bertambah rabun.

Mi Ly berkata...

Dak kecik, kw beli kanta lekap yg power brape ? Harga die mahal x ? Ump, agak2 klau utk yg power 600 bpe ea harga ? And jenama ape yg ok ? Aq igt nk pkai kanta lekap lh.